Sharifah Hanim
Sharifah Hanim

Sharifah Hanim

Sharifah Hanim (dilahirkan sebagai Sharifah Hanim binti Syed Hamzah)[1][2] merupakan seorang pelakon dan ahli perniagaan[2][3] yang berasal dari Arau, Perlis. Selain itu, beliau merupakan kerabat diraja Perlis dan merupakan anak perempuan pertama kepada Tuanku Syed Hamzah iaitu Raja Negeri Perlis semasa era pemerintahan Jepun.[2] Beliau merupakan anak saudara kepada Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman.[4]

Sharifah Hanim

Dikebumikan Makam Diraja Lama Arau, Perlis
Pekerjaan Pelakon, ahli perniagaan
Ibu bapa Sharifah Amina binti Syed Abbas Al-Sagoff (ibu)
Tuanku Syed Hamzah Jamalullail (bapa)
Pasangan Jazamudin Baharuddin (1957 - 1974)
Tahun aktif 1962 - 1977
Anak Sulasteri
Sita Asma
Majikan Merdeka Film Productions
Terkenal kerana Masam-Masam Manis
Warganegara Malaysia
Meninggal dunia 25 November 2003 (berumur 67–68)
Hospital Kuala Lumpur
Saudara Tunku Abdul Rahman (anak saudara)
Raja Azura (anak saudara)
Sebab kematian kencing manis, darah tinggi, hati
Kelahiran Sharifah Hanim binti Syed Hamzah
1935
Arau, Perlis, British Malaya (kini Malaysia)